rainy outside rainy outside : hujan ...

Sunday 21 August 2011

hujan ...

assalamualaikum,

dah lama tak guna nickname aku masa kat methodist dulu . they call me 'miss hujan' semata-mata obsesi aku terhadap hujan . walaupun aku takut petir . hee~ aku main masa tak ada petir la . gila apa main masa ada petir , tak pasal pasal gone forever pulak aku . aku nak cerita , tapi cerita aku tak ada la gempak mana pun . tapi aku tetap nak share dengan dunia ! hehe . *menaip




kenangan : tingkatan 3

aku memandang ke arah sahabat disebelah kananku , dia macam dah mengantuk . aku senyum , toleh ke belakang pula . pija sedang bermain dengan pensel tekannya . 'dah sah sah semua pakat tak nak belajar math ouh' bisikku . hujan diluar semakin lebat , nafsuku dari tadi memaksa maksa aku untuk ke luar kelas . 'please , for a second.' detiknya .

pija menarik tanganku . ' nak pergi mana ?' aku pandang muka pija dengan wajah penuh persoalan . " let have some fun!' ucapnya separuh menjerit . aku tersenyum . wee~ macam kau tau tau je apa yang bermain kat kotak fikiran aku nie . 'cikgu, nak pergi toilet.' cikgu suresh mengangguk . mungkin kerana kesian melihat kebosanan di wajahku . *atau mungkin tidak .



lepas keluar dari kelas , aku dan pija terus berlari ke arah jalan yang tidak berbumbung . seronok ! macam baru keluar dari penjara kebosanan . then kitorang terus meneruskan langkah ke belakang makmal science 2 . ( atau mungkin 3 . arhh~ aku tak ingat la makmal berape ) sampai je ke belakang makmal , aku terus melompat lompat kegirangan . memijak mijak lopak air . dalam hati aku bersyukur sangat sangat sebab math waktu terakhir .

mula-mula pija hanya memandang gelagatku . tapi lama kelamaan dia pun ikut serta . aku genggam kedua-dua tangannya . kami berseronok . kemudian ustazah (err .. tak ingat nama) lalu . 'kamu nie zarifah , shafiza, tak habis habis main hujan . nanti basah baju tu.' aku senyum , kemudian memutuskan untuk masuk ke kelas kembali .





'kenapa baju kamu berdua basah?' tanya cikgu suresh . aku memandang pija . 'maaf cikgu, saya terjatuh tadi.' kemudian kami duduk di tempat asal sebelum keluar kelas tadi . err.. kenapa dia kena menipu demi aku? soalan itu aku biarkan berlegar di ruang mindaku . tapi sekarang , aku dah dapat jawapan . because you're my best friend ever after . and i love you nur shafiza !


                                         


dear pija : sorry , aku tak reti nak olah moment kita jadi lebih menarik . tapi aku suka sangat waktu tu . walaupun sejuk . hehe . kau simpan lagi tak cincin 'kita' tu ? aku simpan cuma aku tak pakai . surat surat kau semua aku simpan lagi . rindu sangat kat kau , faiqah fatin athirah dan fatin amerra . hope korang tak lupakan aku . bestie love forever .

ifa _ abiiep  mananura

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang bagi coklat:

Post a Comment