rainy outside rainy outside : March 2014

Wednesday 12 March 2014

hati ?

asalamualaikum ,




Jika dibicarakan tentang hati , kita sering merujuk kepada putus cinta dimana hati dicarik-carik seperti meyiat ayam untuk dimasukkan dalam soto , dimana hati sedang remuk seperti renyukan kertas yang hendak dibuang , dimana kita berfikir tidak dapat hidup tanpa dirinya , tiada cinta lain selepas dirinya .

Hal cinta ,
Perkara cinta ini bermula hanya dari usikan seorang sahabat (4 kerat ) yang suka menganggu kehidupan sahabatnya ( si tiang ) . Oleh kerana empat kerat ini sekepala dan sering bergurau mengenai seorang lelaki , si tiang ini mulai tertarik terhadap karisma rakan sekelas nya .

Hari ke hari ,
semakin galak usikan yang diberikan sehingga terlintas rasa cinta di hatinya . Maafkan kami sahabatku . Mulanya hanya sekadar bergurau , tak sangka terbawa hingga ke hati . Yang lara , hanyut entah ke mana . Yang pembuat , serba salah tidak terhingga . Barangkali terhinggap dihatinya bahawa " sakit gigi lagi sanggup berbanding sakit hati " .  Barangkali terlintas dihatinya " kenapa semua ni jadi dekat saya " .  Barangkali terdetik dihatinya " kenapa saya jumpa kamu , kenapa saya yang perlu merasa " Kasihan . Kuatkan hatimu sahabatku .

Hari indahmu ,
Hari indahmu semestinya di lalui dengan tenang dan gembira , tetapi mengapa perlu hari ini kau tahu semua kebenaran itu ? Maafkan kami sahabat ku , kuatkan hatimu kerana penciptamu sedang menjagamu dengan penuh kasih sayang .  




Ini harimu ,
selamat menyambut hari ulang tahun sahabat ku . Maaf tiada kejutan . Maaf tiada kad atau jamuan . Maaf kerana tidak membahagiakanmu dihari istimewamu ini . Semoga menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa serta keluarga . Semoga berjaya mencapai impianmu . Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak . Semoga mendapat anugerah Ketua Jabatan seperti yang di impikan oleh semua mahasiswa/siswi yang lain . Bergembiralah . Kerana hari ini merupakan indah mu .








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment