rainy outside rainy outside : ohh surat hati ku !

Wednesday 29 June 2011

ohh surat hati ku !

nur hati binti muhammad jantung 
no 24 . jalan organ dalaman 
12345 kapilari darah 
jiwa darul raga


kehadapan saudari nufa . bagaimana keadaan saudari ? hati harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera . 

    tujuan hati menghantar surat ini adalah untuk memberi pesanan yang hati rasa sangat penting dan berharga buat saudari . harap saudari  dapat membaca surat ini dengan tenang dan ikhlas ..

saudari ,
    sedarlah bahawa kehidupan saudari di dunia ini bukanlah utuk mengejar kejayaan di dunia semata - mata . malah saudari perlu berusaha kuat untuk mengejar kejayaan dan di redhai di akhirat 

wahai saudari ,
    hati lihat , sejak kebelakangan ini , saudari semakin jauh dengan Allah . semakin lupa merenung dan muhasabah diri . kenapa saudari ? adakan dunia yang saudari kejar - kejar ini kekal abadi ? benar ! kita perlu berjaya di dunia , tetapi tidakkah akhirat juga penting buat saudari ? sudahkah saudari lupa ? jika bukan dengan izin NYA , usaha saudari ini akan menjadi sia sia seperti gugurnye dedaun di musim luruh . 

  saudari , hidup di dunia ini penuh dengan liku . saudari perlu menjalaninya walau tanpa sebarang pengalaman . hati saudari itu *ialah saya* bagai kaca yang rapuh . bila bila masa saja boleh pecah berderai .  maka saudari perlulah kebalkan hati itu dengan iman saudari . 

  setiap anak yang di lahirkan di dunia ini bagai kain putih . saudari perlu bersyukur kerana ibu bapa saudari menggunakan kain yang berwarna putih yang tenang dan cantik . dan saudari tidak patut biarkan ia pudar kerana sikap endah tak endah saudari . selain itu , ibu bapa saudari telah menjaga saudari dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh . ingatlah saudari . hati adalah organ terpenting dalam hidup saudari . jangan izinkan ia kotor dipalit dengan debu debu dosa ..

  saudari , percayakah saudari dengan kewujudan syaitan ? walaupun makhluk ini tidak nampak dek mata kasar , hati percaya bahawa saudari mempercayai akan kewujudannya kerana telah tertulis dalam alquran tentang asal usul nya .. yang bernama syaitan itu tidak akan pernah berhenti menghasut anak anak adam hingga ke hari kiamat . kabarnya . syaitan telah ' give up ' untunk menghasut manusia supaya melakukan dosa dosa besar . dan dengan cara menghasut melalui dosa dosa kecil akan dilakukan . maka berhati hatilah saudari meniti kehidupan ini .

  sampai disini sahaja coretan dari hati buat saudari . semoga saudari dan keluarga akan di rahmati Allah S.W.T 

sekian ,


yang benar 
nur hati 
( nur hati binti muhammad jantung )


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang bagi coklat:

Post a Comment