rainy outside rainy outside : Malam Seharum Budi (MSB)

Thursday 3 April 2014

Malam Seharum Budi (MSB)



Malam Seharum Budi , dinner untuk ahli Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) sesi disember 2013 . Bertempat di dewan Banquet Jabatan Pelancongan & Hospitaliti PSIS . Tarikh 28/03/2014 . Wow . Meriah . Happening . Bebaloi penat aku lepas setiap malam dok bermeeting dekat bilik gelap(bilik warden) dengan assignment tertunggak , quiz test berlambak . Akhirnya . . .

Malam tu tema kami ialah back to school . So , sesiapa yang di undang , nak datang kena pakai baju sekolah lah . Digalakkan pakai baju sekolah , tapi kalau x de baju sekolah , boleh pakai baju biasa mcm baju kurung , kemeja but act like cikgu lah  , tak pun jadi macam makcik cleaner , pakcik kantin kiki . Makanan kami ialah western + nasi goreng , desert , air , jus tembikai .Waktu majlis ni berlangsung , lokasi aku under makanan . Aku di pilih dan memang keinginan aku nak berada di tempat makanan . Lapar lapar ngap masuk mulut . hehehehe . Terliur sungguh tengok makanan , rasa macam diorang saje melambai lambai suruh aku pelan pelan bawak diorang masuk mulut aaaa.. aaaa... aaaaaa bila dah sampai dalam , ngap kunyah laju laju .


( din as ketua unit makanan , iena as ketua program )

Ayooo bestnya malam tu . Ada tarian lagu kurik kundi . Adanyanyian dari aben ( x tahu nama sebenar ) lagu apa tah dan dari abg helmi ( waktu kurus dengan sekarang jauh berbeza ) lagu x tahu tajuk tapi lebih kurang macam nie , " jaauuuuuuhhhhh ku belari , ...." maaf la aku tak tahu lagu lagu nie . Dan MC tak formal kami yang memeriahkan majlis pada hari itu , Aqasha ( acah ) dan yun yang selalu masuk air . Tak kisah lah tengah meetingg , tengah kena bebel dengan letcurer , tengah serabut , ada je mulut dia nak bising . Nakal , suka mengacau orang . Ghomeo katanya ...

(didik-makanan , acah and yun as mc tak formal )

Bila dah pakai baju sekolah tu , rasa teringat pulak kenangan lama waktu di SMK Kompleks KLIA dimana aku berjumpa dengan insan insan yang aku sayangi hingga kini . Ceehh ayat tak nak kalah kaauuu ! Rindunya dekat korang semua . Merata-rata semua mengejar impian masing masing .

( 5 univ of Edinburgh 2012 )

( fahmi 2011 )

Hebat , Meriah dinner malam tadi . Rasa bangga bila apa yang kita sama-sama buat dihargai .  Semoga kita berjumpa lagi !



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang bagi coklat:

Post a Comment